top of page

Maklumat Program
PROGRAM “Taiping Heritage Orienteering Race 2017” ini merupakan satu program yang menggabungkan acara pertandingan yang melibatkan peserta perlu mengimbangkan diantara koordinasi fizikal dan mental dengan baik. Peserta perlu mengemudikan arah dirinya dari satu titik kawalan ke satu titik kawalan yang lain dengan berpandukan kepada peta dan kompas yang diberikan yang telah ditandakan diatas peta dan ditentukan dipermukaan bumi mengikut susunan tertentu. Selain daripada itu, program ini merupakan acara yang menggabungkan elemen pendidikandan keseronokan di dalam satu aktiviti yang sihat dan memberi impak yang besar kepada peserta dan semua pihak yang terlibat di dalam penganjurannya. Program ini merupakan anjuran bersama Kolej Komuniti Taiping (KKTPG), Majlis Perbandaran Taiping dan Bahagian Pembangunan Pelajar (BPPel). Program Taiping Heritage Trail 2016 pernah dilangsungkan disekitar bandar Taiping dengan kerjasama Majlis Perbandaran Taiping. Untuk program kali ini terdapat sedikit kelainan yang akan dimasukkan kedalam aktiviti pertandingan. Sejumlah 450 orang peserta, jemputan, kakitangan dan pelajar Kolej Komuniti Taiping akan terlibat secara langsung di dalam merealisasikan program ini. Selain daripada itu, program ini turut mendapat sokongan dan kerjasama daripada Majlis Perbandaran Taiping dan Malaysia Orienteering Club (MEOSC).

MATLAMAT AKTIVITI
Penganjuran program ini bertujuan untuk menyerlahkan keupayaan kakitangan dan pelajar Kolej Komuniti Taiping serta Politeknik khususnya amnya di dalam membantu meningkatkan aktiviti kemasyarakatan seterusnya dikenali sebagai pusat latihan dan pendidikan sepanjang hayat yang dikenali bukan setakat peringkat daerah Taiping dan Negeri Perak malah ke peringkat kebangsaan atau lebih tinggi. Penganjuran THoR 2017 diharap akan menjadi kesinambungan daripada kejayaan penganjuran THERT Race 2016 yang telah dijalankan pada tahun lepas .THOR 2017 akan melibatkan jalinan kerjasama antara pihak Kolej Komuniti Taiping (KKTPG), Majlis Perbandaran Taiping (MPT) dan Malaysia Orienteering Club (MEOSC) bagi mengangkat acara ini sebagai acara tahunan di dalam kalendar pelancongan negeri Perak. Program ini juga secara tidak langsung menyokong promosi tahun melawat Perak 2017. Jalinan kerjasama di antara Kolej Komuniti Taiping,  Majlis Perbandaran Taiping (MPT) dan Malaysia Orienteering Club (MEOSC) ini diharap memberikan pendedahan kepada masyarakat bahawa institusi pendidikan tinggi  sentiasa bergerak secara dinamik untuk melahirkan generasi berkemahiran, berdaya saing dan berkualiti dalam menempuh cabaran dalam pelbagai bidang pekerjaan yang bakal diceburi kelak.

Anjuran bersama: 
bottom of page