top of page

Pendaftaran Pemain/Pembentukan Pasukan

  1. Satu pasukan terdiri daripada 2 orang terdiri dari lelaki dan perempuan.

  2. Pasukan wajib membawa peralatan asas seperti head lamp, kompas dan blinker.

  3. No. bib kejohanan akan diberi masa pendaftaran dibuat

 

Format  Pertandingan

  1. Setiap pasukan mempunyai 2 orang. Pelepasan dan penamat untuk perlari diwajibkan serentak di Starting/Finishing Station.

  2. Cross Country dan Score Orienteering – Kedudukan dan laluan pertandingan berada di kawasan taman dan hutan.

  1. Jarak keseluruhan lebih kurang 15 KM.

  2. Peruntukkan masa di berikan ialah 2 jam untuk satu kumpulan. ( 120 minit )

  3. Sekiranya melebihi 2 jam penyertaan pasukan tersebut dikira DQ.

  4. Pertandingan kali ini akan menggunakan teknologi Eletronik Sporident untuk sistem kawalan Check Point serta Kawalan Masa Pertandingan.

 

Pelepasan

  1. Peserta perlu berada di lokasi kejohanan pada pukul 08.00 malam pada hari pertandingan,  sekiranya   panggilan pasukan dibuat sebanyak 3 kali oleh pegawai perlepasan dan pasukan gagal hadir, maka penyertaan terbatal dengan sendirinya

  2. Peserta akan di lepaskan secara bergilir-gilir ( Interval Start ).

  3. Setiap pasukan akan di bekalkan dengan satu peranti DIBBER.

  4. Masa akan diambil kira dari masa mula pelepasan. ( START STATION )

  5. Jarak masa pelepasan – 30 saat untuk setiap pelepasan.

  6. Peserta yang seterusnya akan bersedia dan mengambil tempat di garisan permulaan.

  7. Peta yang di bekalkan kepada peserta telah siap di tandai TITIK KAWALAN (CP).

  8. Peserta digalakkan untuk kekal dengan pasangan masing-masing.

  9. Sebelum keluar mencari titik kawalan (CP) peserta hendaklah memastikan mempunyai :

  • PETA mengikut ROUTE yang di tetapkan.

  • Dibber.

  • Keterangan kawalan.

  • Kompas.

  • No bib.

 

 Pengiraan Markah

  1. Pemenang akan dikira melalui jumlah markah yang terkumpul – setiap CP mempunyai markah yang berlainan mengikut tahap kesukaran untuk sampai ke CP (jumlah titik kawalan yang dapat di cari).

  2. Sekiranya terdapat persamaan, penilaian melalui masa terpantas akan di ambil kira.

 

Pembatalan Penyertaan

  1. Menggunakan kenderaan.

  2. Ahli tidak cukup semasa menamatkan perlumbaan.

  3. Melebihi daripada masa yang diperuntukkan 2 jam.

  4. Peserta yang tidak mengikut masa pelepasan ‘ Out Of Race.’

  5. Peserta perlu menghargai prasarana dan kemudahan awam, semasa kejohanan berlangsung.

 

Etika Peserta (Orienteer)

  1. Mematuhi segala peraturan pertandingan.

  2. Menjaga harta benda awam.

  3. Menjaga kebersihan di seluruh tempat pertandingan.

  4. Menjaga harta benda di tempat pertandingan.

  5. Majlis Penutup

 

Bantahan

  1. Peserta boleh melakukan bantahan terhadap keputusan pertandingan dalam masa 30 minit selepas perlumbaan tamat.

  2. Caj sebanyak RM 300.00 dikenakan semasa membuat bantahan ( Wang akan dikembalikan jika bantahan yang dibuat diterima oleh Penganjur )

bottom of page