top of page

Pengenalan Orienteering

Orienteering adalah sukan rekreasi yang memerlukan imbangan diantara koordinasi fizikal dan mental dengan baik. Peserta perlu mengemudikan arah dirinya dari satu titik kawalan ke satu titik kawalan yang lain dengan berpandukan kepada peta dan kompas yang diberikan yang telah ditandakan diatas peta dan ditentukan dipermukaan bumi mengikut susunan tertentu. Orienteering bermaksud peta, hutan dan adventure. Sukan ini boleh diibaratkan gabungan antara sukan merentas desa (cross-country), pandu arah dan acara mencari harta karun (tressure-hunt). Ia meliputi berbagai bidang latihan, kaedah mainan dan pertandingan disamping menyediakan ruang eksplorasi, cabaran dan risiko tersendiri.



Jenis-jenis Orienteering
Terdapat empat kaedah orienteering dijalankan mengikut ketetapan Persekutuan Orienteering Antarabangsa (IOF) iaitu Foot-O, MB-O, Ski-O dan Trail-O. Di negara ini, hanya kaedah Foot-O yang mudah untuk dilakukan, antaranya adalah :-

  • Orienteering Merentas Desa (Cross-Country Orienteering)

  • Orienteering Bermarkah (Score Orienteering)

  • Orienteering Jalanraya (Street Orienteering)

  • Orienteering Bukit (Mountain Orienteering)

  • Orienteering Malam (Night Orienteering)

  • Orienteering Berganti-ganti (Relay Orienteering)

  • Norwegian Event


Kebaikan Sukan Orienteering

  • Meningkatkan kecergasan fizikal

  • Meningkatkan kecergasan mental & daya tumpuan

  • Memberi cabaran & keseronokan

  • Membina sikap positif & keyakinan diri

  • Menggunakan persekitaran yang sihat

  • Meningkatkan kemahiran pembacaan peta & kompas

  • Memupuk sifat keberanian & ketenangan dalam keadaan cemas


Terminologi & Alatan

  • Titik kawalan (control point)

  • Penanda kawalan ( control marker) 

  • Kad kawalan (control card) 

  • Peta utama

  • Landasan (course)

  • Kompas

 

Pengetahuan Asas

Untuk memastikan aktiviti orienteering ini dapat dibuat dengan mudah dan betul,maka seseorang itu perlu mempunyai pengetahuan asas berkaitan dengannya, iaitu

  • Teknik membaca peta

  • Teknik membaca kompas

  • Boleh menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling

bottom of page